Monday, 14 September 2015

PENYERAHAN WANG ZAKAT PZSABAH






Setiap seorang pelajar menerima RM100.00.
Syukur Ya Allah.
 

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN &MALAYSIA 2015

 
TIADA YANG LEBIH MEMBAHAGIAKAN SELAIN TINGGAL DALAM KEADAAN AMAN DAN SENTOSA.
SEMOGA NIKMAT AMAN INI BERKEKALAN.
SIAPA YANG MENJAYAKANNYA??.. KITA SEMUA.
 

PROGRAM2 PECUTAN AKHIR SPM 2015

1- SOALAN PECUTAN AKHIR UNTUK SPM TELAH SIAP DIBUAT. BAHAN BAHAN TERSEBUT IALAH:
1- KEFAHAMAN AYAT
2- HADIS
3- AKIDAH ISLAMIAH [ BERSERTA SOALAN KBAT]
4- IBADAT [ BERSERTA SOALAN KBAT ]
5- SIRAH [BERSERTA SOALAN KBAT]
6- AKHLAK
7- HAFAZAN
8- TAJWID
SOALAN-SOALAN BERDASARKAN SOALAN DARI KPM / JPN / BUKU LATIHAN DAN OLAHAN DARI GURU.

TAJUK-TAJUK BAGI BAHAN PECUTAN AKHIR INI AKAN DIBINCANGKAN BERMULA SEPTEMBER - AKHIR OKTOBER 2015.

TAJUK-TAJUK BERDASARKAN ANALISA KEKERAPAN SOALAN 2005 - 2014.

2- PROGRAM KUIZ POWER POINT
KEPADA PARA PELAJAR YANG MEMPUNYAI LAPTOP DI RUMAH, BOLEH MENDAPATKAN BAHAN KUIZ POWER POINT [ TAJUK TINGKATAN 4 DAN 5: AKIDAH, IBADAT, SIRAH, AKHLAK, HAFAZAN, TAJWID DAN JAWI ] DARI US YUSLIZAM.
== IANYA PERCUMA
MUDAH-MUDAHAN BAHAN PECUTAN AKHIR INI AKAN MEMBANTU PARA PELAJAR UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM 2015

Sunday, 13 September 2015

CARTA ORGANISASI 2015


CARTA ORGANISASI PANITIA

PENDIDIKAN ISLAM 2015
 

PENAUNG
Pengetua En Boy @ Sharif Francis


PENASIHAT
Penolong Kanan I: En Julianus Anggau 

KETUA BIDANG SAINS KEMANUSIAAN
En Yuslizam Selamat

KETUA PANITIA
Puan Ruzita Muhajir

SETIAUSAHA
En Yuslizam Selamat

AKTIVITI PANITIA 2015

AKTIVITI PANITIA 2015 ANTARANYA IALAH:
1- MESYUARAT PANITIA
2- PENGURUSAN PAFA
      - TAKLIMAT PAFA
      - LAPORAN PELAKSANAAN PAFA
3- LATIHAN STAF
4- MAJLIS TILAWAH AL QURAN
5- UJIAN BULANAN & POST MORTEM
6- SEMAKAN BUKU LATIHAN PELAJAR
7- PENCERAPAN GURU
8- PEPERIKSAAN & POST MORTEM
9- PROGRAM PENINGKATAN AKAEMIK PT3 & SPM
    - PT3: LATIHTUBI TOPIKAL, KELAS BERFOKUS
    - SPM: ANALISA SOALAN, LATIHTUBI TOPIKAL,  
                INGAT AYAT, PECUTAN AKHIR,

AHLI PANITIA

YUSLIZAM SELAMAT
ASAL JOHOR BAHRU JOHOR
MULA BERTUGAS SEKOLAH SEMASA 1997
GURU P.ISLAM TINGKATAN 2, 4 & 5




RUZITA MUHAJIR
ASAL SABAK BERNAM SELANGOR
MULA BERTUGAS SEKOLAH SEMASA 1998
GURU TINGKATAN 1 & 3

PENGENALAN PANITIA P.ISLAM SEKOLAH

PENGENALAN PANITIA PEN ISLAM SMK KEMBURONGOH RANAU SABAH

1- LATAR BELAKANG

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dari tingkatan satu – lima. Tenaga pengajar Pendidikan Islam seramai dua orang iaitu Pn Ruzita Muhajir dan En Yuslizam Selamat. Mata pelajaran ini menyediakan  pelajar pelajar Islam mengenali, memahami dan melaksanakan ajaran ajaran islam secara lengkap dalam semua aspek kehidupan. Melalui pelajaran ini, pelajar belajar secara kritis dan kreatif sebab musabab sesuatu perkara itu berlaku.

Mata pelajaran ini pada dasarnya mudah kerana pelajar telah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan sedia ada berkaitan agama Islam yang mereka anuti. Ia menjadi lebih mudah apabila kebanyakan tajuk tajuk yang dibincangkan dilaksanakan setiap masa. Namun begitu, prestasi Pendidikan Islam belum lagi mencapai pencapaian yang memberangsangkan dalam peperiksaan. Antara faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai mata pelajaran ini seperti pelajar lemah dalam mengingati fakta, lemah al Quran, Jawi dan sikap pelajar itu sendiri.

 02- MATLAMAT    

01-  Mencapai prestasi kelulusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dari segi kualiti dan kuantiti

02-  Pelajar dapat menguasai al quran dan jawi dengan lebih baik

03-  Pelajar bertambah minat mempelajari Pendidikan Islam