PENGENALAN PANITIA PEN ISLAM SMK KEMBURONGOH RANAU SABAH
1- LATAR BELAKANG
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras
dari tingkatan satu – lima. Tenaga pengajar Pendidikan Islam seramai dua orang
iaitu Pn Ruzita Muhajir dan En Yuslizam Selamat. Mata pelajaran ini
menyediakan pelajar pelajar Islam
mengenali, memahami dan melaksanakan ajaran ajaran islam secara lengkap dalam
semua aspek kehidupan. Melalui pelajaran ini, pelajar belajar secara kritis dan
kreatif sebab musabab sesuatu perkara itu berlaku.
Mata pelajaran ini pada dasarnya mudah kerana
pelajar telah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan sedia ada berkaitan agama
Islam yang mereka anuti. Ia menjadi lebih mudah apabila kebanyakan tajuk tajuk
yang dibincangkan dilaksanakan setiap masa. Namun begitu, prestasi Pendidikan
Islam belum lagi mencapai pencapaian yang memberangsangkan dalam peperiksaan.
Antara faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai mata pelajaran ini
seperti pelajar lemah dalam mengingati fakta, lemah al Quran, Jawi dan sikap
pelajar itu sendiri.
01- Mencapai prestasi kelulusan yang cemerlang
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dari segi kualiti dan kuantiti
02- Pelajar dapat menguasai al quran dan jawi
dengan lebih baik
03- Pelajar bertambah minat mempelajari
Pendidikan Islam
No comments:
Post a Comment